Mengapa Memakai Tudung Itu Jadi Syirik
Dalam bahasa Melayu kita guna perkataan "Mempersekutu" apabila kita terjemah perkataan "Syirik" dari bahasa Arab dalam Al Quran.
Syirik adalah satu perbuatan jenayah yang paling jijik disisi Allah dan kebanyakan manusia menganggap perkara ini tidak penting kerana guru-guru agama mereka berkata perbuatan syirik hanya berlaku bila kita percaya kepada "bomoh" atau kita menyembah "berhala". Mereka tidak pernah dan tidak akan mengaku bahawa mentaati dan mengamal apa yang mereka ajar kepada kita - kita akan terperangkap kedalam perbuatan "syirik". Kita amat yakin segala yang kita amalkan sebagai seorang Islam kita tidak pernah "Syirik" atau "mempersekutukan Allah. Malahan kita akan menafi dengan sekeras-kerasnya apabila Allah bertanya kepada kita pada hari akhirat:-
"Pada hari Kami menghimpun mereka semuanya - lalu Kami bertanya kepada mereka yang telah "mempersekutukan Kami" (syirik) - Mana dia sekutu-sekutu kamu orang-orang yang kamu sendiri iktiraf?" (6:23)
Lalu kita akan menjawab:
"Kemudian tiada lagi fitnah mereka melainkan mereka berkata, "Demi Allah, Tuhan kami! kami tidak pernah mempersekutukan (syirik) Kamu!" (6:24)
Lalu Allah akan berkata:
"Lihat! bagaimana mereka masih lagi membuat dusta tehadap diri mereka sendiri". Ketika itu hilanglah segala apa yang mereka telah ada-adakan." (6:25)
Syirik adalah satu jenayah yang dilakukan tanpa sedar semasa kehidupan di dunia.
Kita boleh melakukan apa saja kesalahan dalam hidup kita samada ianya kecil atau besar - dengan sengaja atau tidak - nyata atau tersembunyi - kesemuanya boleh diampun oleh Allah kecuali "syirik".
"Allah tidak akan sekali-kali mengampun perbuatan mempersekutukanNya (syirik)- dan Dia mengampun apa saja selain dari itu bagi sesiapa saja Dia kehendaki. Barangsiapa mempersekutukan Allah - maka sesungguhnay dia telah melakukan jenayah yang paling besay". (4:48)
Dalam lain kata, kita boleh melakukan apa saja kesalahan sehingga sampai masa kita sedar bahawa apa yang kita telah lakukan selama ini adalah satu penganayaan atas diri kita sendiri. Sebagai hamba Allah maka tempat kita meluahkan kekesalan kita hanyalah kepadaNya sahaja. Dan Allah berjanji:-
"Kecuali orang-orang yang bertaubat dan beramanah lalu mereka mendisiplinkan diri dengan amalan yang baik-baik - maka mereka itu akan dikreditkan Allah kejahatan mereka dengan kebaikan - dan sesungguhnya Allah adalah Pengampun dan Penyanyang. Barangsiapa bertaubat dan melakukan kerja-kerja yang elok maka dia telah bertaubat kepada Allah dengan sebenar-benar taubat." (25:70-71)
Mengikut pertimbagan kita sebagai manusia biasa Nabi Adam hanya melakukan satu kesalahan kecil apabila beliau tidak mentaati satu larangan yang amat mudah dari Allah. Beliau melakukan kesalahan ini kerana "mendengar" nasihat orang lain dan Adam tidak sedar niat sebenar penasihat beliau adalah untuk menipunya supaya dia tidak menuruti perintah Allah semata-mata. Apabila beliau sedar perbuatan beliau itu adalah satu kesalahan besar bagi sisi Allah lalu beliau berkata:-
"Ya Tuhan kami, kami telah menganayai diri kami sendiri - kecuali kamu mengampunkan kami - dan memberi rahmat kepada kami - niscaya kami akan menjadi orang-orang yang rugi". (7:23)
Balasan ke atas Adam dan isterinya kerana "mendengar nasihat" selain dari Allah adalah mereka dikeluarkan dari Taman - bumi yang luas akan dijadikan tempat musuh bermusuhan diantara satu dan lain dan sebagai tempat menetap dan kesenangan sehingga waktu yang ditetapkan, (7:24) Kemudian Allah bersambung: "Kamu akan hidup didalamnya, kamu akan mati didalamnya dan kamu akan dibangkit (dari mati) didalamnya" (7:25)
Setelah kita diberitahu tentang cerita Adam Allah kemudian menasihati kita dengan gelaran sebagai anak-anak Adam supaya berjaga-jaga dengan tipu muslihat syaitan. Mengikut Al Quran kita tidak boleh lihat syaitan tetapi syaitan boleh lihat kita dengan jelas. Kebanyakan manusia fikir syaitan-syaitan yang berkongsi muka bumi ini dengan kita mempunyai tanduk dan bertaring macam dracula - tetapi mereka lupa syaitan-syaitan yang berkeliaran dimuka bumi in adalah manusia biasa. Kita hanya dapat melihat wajah mereka sebagai manusia - tetapi kita tidak dapat lihat perilaku dan sifat-sifat kesyaitanan mereka. Kita digalakkan selalu berdoa kepada Allah daripada bisikan-bisikan jahat dari Jin atau manusia:-
"Aku berlindung kepada Tuhan kepada manusia - Yang menguasai manusia - Pemelihara manusia - Daripada kejahatan bisik-bisikan yang tersembunyi - yang membisikkan kedalam dada manusia - samada dari jenis Jin atau Manusia" (Surah 114)
Yang menjadi musuh besar kepada Allah dan nabi-nabi adalah syaitan-syaitan jenis Jin dan "manusia" dan Allah berkata mereka mengada-adakan "ajaran-ajaran selain dari apa yang disampaikan oleh pesuruh-pesuruh Allah":
"Dan demikianlah Kami jadikan bagi setiap Nabi syaitan-syaitan dari jenis manusia dan jin sebagai musuh yang mengwahyukan diantara satu sama lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk tujuan menipu. Dan kalau dikehendaki oleh Tuhanmu sudah tentu mereka tidak melakukannya. Maka, tinggalkan lah mereka dengan apa saja yang mereka ada-adakan." (6:112)
Syaitan-syaitan jenis manusia ini telah membuat fitnah terhadap Nabi Muhammad dengan mengatakan Nabi telah bersabda hadis itu dan hadis ini, dan kebanyakan manusia yang tidak mempunyai keimanan dan tidak percaya pada hari akhirat dengan sesungguhnya - mereka akan terima fitnah-fitnah ini sebagai kepercayaan agama Islam mereka.
"Dan supaya cenderung kepadanya hati orang-orang yang tidak beriman dan akhirat -mereka berasa mudah - lalu mereka kerja apa yang orang-orang lain kerjakan." (6:113)
Mengapa pakar-pakar agama berani membuat fitnah dan pembohongan kepada manusia dengan mengatakan Nabi telah membuat beribu-ribu hadis sebagai hukum Allah sedangkan beliau telah diwahyukan oleh Allah untuk membuat pengakuan dalam Al Quran itu sendiri bahawa "Allah telah menurunkan hukumNya dengan terperinci dalam Al Quran:-
"Apakah selain daripada Allah "Aku" mencari sebagai hakim? Bukankah Dia telah menurunkan kepada kamu Kitab (Al Quran) yang terperinci?".... (6:114)
"Dan orang-orang yang Kami sampaikan Kitab (sebelum ini) mengetahui bahawa ianya telah diturunkan oleh Tuhanmu dengan sebenarnya...." (6:114)
"Maka, janganlah kamu menjadi orang-orang yang ragu." (6:114)
Nabi berkata dalam Al Quran:-
"Hukum Allah telah diperincikan dalam Al Quran" (6:114)
Ulamak dan imam-imam membuat fitnah terhadap Nabi dengan berkata:-
Nabi telah mengeluar hadis-hadis sebagai hukum selain dari Quran.
Siapa yang bercakap benar? Nabi atau ulamak-ulamak?
Adakah kita akan mendengar dan taat nasihat-nasihat ulamak sepertimana Adam telah mentaati dan melakukan kerja selain daripada apa yang diperintah oleh Allah?
Apakah kita tidak "mempersekutukan" Allah apabila kita "beriman" kepada apa yang telah diajarkan oleh ulamak-ulamak selain dari apa yang terdapat dalam Al Quran?
Dalam Al Quran tidak ada satu pun arahan dari Allah bagi wanita-wanita untuk memakai tudung. Ulamak-ulamak telah memutar belitkan perkataan-perkataan Arab dalam sura 24 ayat 31 lalu mentafsirkannya sepertimana syaitan telah mentafsir arahan Allah kepada Adam. Apa yang jelas Allah telah menetapkan kepada anak-anak Adam tentang etika berpakaian dan supaya jangan kita terpedaya oleh syaitan-syaitan jenis manusia:-
"Wahai Anak-anak Adam, Kami telah turunkan kepada kamu pakaian untuk menutup keburukan-keburukan kamu dan juga perhiasan. Dan pakaian perilaku (takwa)itulah
yang paling baik bagi kamu. Demikian itulah dari ayat-ayat Allah supaya mereka diperingatkan". (6:26)
Wahai Anak-anak Adam, jangan sekali-kali kamu diperdaya oleh syaitan-syaitan sepertimana dia mengenlincir kedua ibu-bapa kamu dari taman sehingga tertanggal pakaian mereka (perilaku mereka) untuk mendedahkan keburukan-keburukan (perilaku) mereka. Sesungguhnya dia (syaitan) dan kuncu-kuncunya boleh melihat kamu dimana-mana saja, tetapi kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami jadikan syaitan-syaitan itu sebagai pemimpin-pemimpin untuk orang-orang yang tidak beriman." (7:27)
Allah telah menurunkan "pakaian" kepada kesemua anak-anak Adam samada lelaki atau perempuan. Pakaian yang paling baik bagi mereka ialah "perilaku" atau "kelakuan diri" atau "takwa" dan bukannya cara berpakaian. Ketakwaan tidak boleh dibukti dengan berpakaian tudung atau kopiah atau jubah seperti kuncu-kuncu syaitan.
Tudung Itu Syirik
Blog ini bertujuan untuk menyuluh hadis Rasul yang paling baik ia itu Kitab Al Quran (Rujuk Az Zumar 23). Blog ini juga akan membongkar jarum Yahudi yang halus yang telah menjangkiti "Islam" melalui ajaran ulamak silam. Ulamak silam sebenarnya menjadi agen Yahudi dan Kristian. Sila meneliti bukti-bukti kukuh dalam Blog ini.
Tuesday, October 27, 2009
Sunday, October 25, 2009
Hizbul Tahreer Atau Hizbul Syaitan?
Oleh Tuan Guru
Dalam banyak puak dan hizbul yang wujud dalam dunia ini, terdapat juga suatu gerombolan manusia yang menggelar diri mereka Hizbul Tahreer (atau Hizbut Tahreer mengikut belakang T shirt yang mereka pakai).
Website mereka terjumpa di mykhilafah.com. Siapakah Hizbul Tahreer ini? Sebenarnya mereka adalah cabangan kepada puak Hizbut Tahreer yang telah diwujudkan oleh Israel dan Mossad untuk terus merosakkan dan menjahanamkan umat Islam sedunia.
Hizbut Tahreer telah diasaskan oleh Taqiuddin al Nabhani di Baitul Muqaddis pada 1953. Daripada awal lagi Hizbut Tahreer bertujuan (seperti banyak kumpulan anti Zionis lain) untuk menghalau Yahudi daripada tanah Palestin. Sebenarnya Hizbut Tahreer telah dibiayai dan diwujudkan oleh Israel sendiri.
Sebabnya adalah paling mudah sekali. Israel memerlukan Hizbut Tahreer untuk senantiasa memukul gendang jihad dan perang untuk mengancam Israel. Hizbut Tahreer dan kumpulan yang serupa amat perlu bagi Israel dijadikan alasan untuk mendapat bantuan ketenteraan dan kewangan daripada Amerika, Britain dan negara lain. Tanpa ancaman daripada kumpulan ”jihad” seperti ini, Israel tidak boleh wujudkan negeri Israel yang bersenjata dan senantiasa sedia untuk berperang.
Dari awal lagi perisik Mossad Israel sudah membiayai dan merasuk banyak kumpulan jihad Arab, termasuk Hizbut Tahreer.
Jarum Yahudi ini sekarang sudah menyelusup masuk ke negara kita dengan tertubuhnya Hizbut Tahreer Malaysia.
Lazimnya Hizbut Tahreer diharam dikebanyakan negara Arab dan negeri Islam lain. Tetapi di Malaysia pula Hizbut Tahreer mendapat ‘lesen besar’ daripada Kerajaan Barisan Nasional untuk bergerak bebas. Hizbut Tahreer dilihat sebagai sayap ketiga untuk melemahkan pengaruh Partai Islam SeMalaysia atau PAS.
Jelas sekali Hizbut Tahreer tidak bersetuju pendekatan PAS yang hanya melagukan Hukum Hudud dan Syariah tanpa memperjuangkan Islam sejagat. Oleh itu Hizbut Tahreer dilihat sebagai satu lagi kumpulan jihad songsang yang boleh melemahkan pengaruh PAS di Malaysia. Kumpulan yang lain termasuk Tableegh dan Darul Arqam.
Israel dan agen mereka sekarang melihat kerajaan Malaysia pimpinan Najib Tun Razak sebagai tidak lagi mengancam kedudukan Israel. Maka agen Yahudi mendapati makin susah untuk menggolongkan Malaysia sebagai negara anti-Yahudi. Ini berlainan sekali dari zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang telah senantiasa memperjuangkan hak orang Palestin.
Oleh itu Israel dan agennya bersepakat untuk “mempromosikan” tali barut mereka seperti Hizbut Tahreer untuk meniup semangat jihad di kalangan orang Melayu.
Jangan kita lupa Juma Namangani yang pernah menjadi pemimpin jihad di Uzbekistan dan mempunyai hubungan rapat dengan Hizbut Tahreer. Juma Namangani juga pernah menjadi orang kanan Osama bin Ladin di Afghanistan. Kedua mereka ia itu Osama dan Juma adalah agen CIA dan Israel. Kegiatan mereka dibiayai melalui Duta Pakistan, Turki dan Arab Saudi – yang semuanya adalah agen CIA.
Atas alasan memburu Osama bin Ladin, Amerika dan Israel telah berjaya menawan Afghanistan dan Iraq. Dan sekarang dengan menggunakan Iraq dan Afghanistan sebagai pangkalan, Israel dan Amerika sudah bersedia untuk mengebom Iran. Pakistan juga semakin hancur apabila puak Taliban daripada Afghanistan yang juga dibiayai oleh Israel dan Amerika makin mengganas.
Sehingga kini, tiga negara Islam Iraq, Afghanistan dan Pakistan sudah hancur dengan bantuan Osama bin Ladin, Juma Namangani, Islamic Movement of Uzbekistan, Hizbut Tahreer dan konco-konconya – yang semua mainkan peranan ‘watak jahat’ untuk menghalalkan Iraq dan Afghanistan ditawan oleh Israel dan Amerika. Israel dan Amerika banyak terhutang budi kepada Osama bin Ladin, Juma Namangani dan kumpulan jihad seperti Hizbut Tahreer.
Ramai orang tidak tahu bahawa pada tahun 1987, Juma Namangani yang ketika itu berusia hanya 18 tahun telah menyertai Tentera Rusia Komunis di Uzbekistan. Pada masa itu tentera Russia telah menakluki Afghanistan. Juma Namangani dilatih oleh pasukan elit komando dan perisik payung terjun Russia (Russian elite paratrooper force) dan “berkhidmat” di Afghanistan melawan pejuang mujahideen Afghanistan.
Setelah Russia ‘jatuh’ pada 1989 dan mengundur daripada Afghanistan, Juma Namangani telah ”menukar uniform” menjadi ‘pejuang Islam’ pula bersama Osama bin Ladin.
Jarum Yahudi dan CIA adalah tersangat halus sehingga umat Islam sendiri tidak boleh merasai suntikan bisanya. Di Malaysia pula, dalam rancangan mereka yang licik dan berfasa itu, tidak lama nanti, Hizbut Tahreer Malaysia akan mendapat liputan luas melalui CNN, BBC dan sebagainya. Ini akan menghitamkan nama baik Malaysia pada pandangan dunia Barat dan bantu kekalkan sokongan Amerika, Britain dan lain-lain terhadap Israel.
Baru-baru ini Hizbut Tahreer telah mengadakan forum untuk membincang kes Kartika Shukarno dan Sisters In Islam. Pada forum ini. penceramah HTM Prof. Dr Mohd Sharifuddin telah menuduh kerajaan Malaysia sebagai tidak mengamalkan hukum Islam kerana hanya menghukum sebat enam kali ke atas wanita bernama Kartika. Mengikut fahaman Hizbut Tahreer hukuman yang setimpal adalah 40 kali atau 80 kali sebatan.
Kepercayaan ini berasaskan hadis yang diragui yang mengatakan bahawa orang yang minum arak harus disebat 40 kali atau 80 kali.
Hadis ini termasuk dalam golongan hadis yang sangat lemah atau palsu kerana hadis ini tidak jelas hukumannya 40 kali atau 80 kali sebat. Ia juga tidak menjelaskan apakah nas untuk memilih 40 kali sebatan atau 80 kali sebatan. Maka umat Islam akan bertelagah mengenainya tanpa putus.
58:19 اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِمُ الشَّيْطَانُ فَأَنسَاهُمْ ذِكْرَ اللَّهِ أُوْلَئِكَ حِزْبُ الشَّيْطَانِ أَلَا إِنَّ حِزْبَ الشَّيْطَانِ هُمُ الْخَاسِرُونَ
"Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati Allah; mereka itulah Hizbul Syaitan. Ketahuilah! Bahawa Hizbul Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi." (Surah 58:19).
Tuan Guru.
Kalimat Akhir : Ingatlah. Memakai tudung seolah ianya kehendak Islam adalah kepercayaan palsu dan syirik. Tudung itu adalah ajaran Kristian dan bukan ajaran Islam. Jarum Yahudi adalah tersangat halus. Mendukung ajaran syirik di atas kepala kita pasti akan menjemput bala daripada Tuhan. Maka sebab itu juga umat Islam bergelumang dalam kedhaifan, kemiskinan, kebodohan, keganasan dan kekufuran. Semuanya bala daripada Tuhan. Terutama sekali umat Islam yang berpakaian tudung dan hijab.
Subscribe to:
Posts (Atom)